Tuesday, December 23, 2008
Choosing a Meaningful Islamic Name
It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud)
Tuesday, December 16, 2008
sedutan besday ain ke 2 tahun
OPSSs-CommerciaL Break hehehe..-
atok with his beloved cucu
kemain manja suh atok dokong
hehe mcm paham jer derang nih..sorg cakap itik sorg cakap ayam ekekeke..
the kidal
huihs sedapnya..
ops tercicir pulak.. hehe
Monday, December 15, 2008
UNTUK RENUNGAN
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja , malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia
RENUNG-2KAN & SELAMAT BERAMAL
Saturday, December 06, 2008
lelaki dan kucing?? hahahaha..
1) Kucing jantan suka dibelai.~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke.. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
3) Kucing jantan kuat tidur~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.. Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).
Monday, November 24, 2008
period time
Wednesday, November 05, 2008
gua bizi
takder la mcm org tu kan.. ada blog, ada friendster, ada facebook lagi, pastu fotopages dah bersawwang-sawangan muahahahhahaaa...
anyway.. i wish my parents selamat pegi dan selamat kembali. memperolehi haji yg mabrur. bukan senang nak membelanjakan harta ke jalan Ilahi dan menjadi tetamu Allah.
semoga aku pon dapat kesana satu hari nanti, insya-Allah.
chiow
Tuesday, October 21, 2008
byk keje!!
fyi my father and mother will be fly to Mecca on 4/11/08 Insya-Allah.Alhamdulillah dapat jugak mengerjakan rukun islam ke-5. so next coming event is kenduri doa selamat. moga selamat pergi dan selamat kembali dan memperolehi haji mabrur Insya-Allah.
Wednesday, October 15, 2008
raya picture
My father and mother
Ampun dan maaf dipinta
Begitu jua kami
Tua, Sebaya dan Muda
Bertiga dan berempat
Yang emas dan cucu emas
Cucu Vouge nenek pon sama
Tuesday, October 14, 2008
ain raya 2008 final volume
hurm sampai umah paklang borak2 rupanya anak dia zaidi tgh carik keje. so offer dia keje kat site aku jadik site supervisor. aku mintak email dia punya resume kalau boley workout something. atleast kalau dia keje site leh gak ada sedara keje skali. sape nak tolong sedara kalau bukan sedara kan? takper kita try tengok dulu. aku pon bukan boss kat site tu. aku cuma leh tlg forwardkan jer. kalau ada rezeki dia alhamdulillah. lebih kurang pukul 3.30pm tu kitorang pon chow nak pulang ke kl. beraya nih kejap2 menyinggah jer. hehe yerla jumpa pon setahun skali. otw nak balik plak tu. lepas salam2 kitorg pon balik la, masa nih ujan dah start renyai2, tgk sebelah kl mcm gelap jer nak ujan. mmg pon, masuk jer hiway terus ujan selebat2 ujan. drive pon slow2 jer. takleh lelau sgt. tapi aksi potong memotong dgn bapak mertua seperti biasa. kadang2 dia depan kadang2 aku depan. sampai hentian rehat mana tah aku masuk la sebab nak isi minyak ngan beli minum. masa nih aku dah sampai, tak sampai 10 minit lepas tu bapak mertua aku sampai. dia cakap try call byk kali tak dapat sebab nak ajak rest kat R&R. kebetulan instinct kut. tanya father in law nak makan dulu ker before balik, dia cakap fahan tak sabar nak balik dah. so kitorang pon ingat nak direct balik umah jer la. tak singgah mana2 sebab penat sket. lagi cepat sampai umah lagi better leh rest and kemas2 apa yg patut. kata pon raya kan.
last2 sampai umah dekat kul 6.00pm. alhamdulillah. rumah pon ok jer. takder yg obvious cuma aku terkejut satu jer, jiran sebelah umah aku ni budak2 pompuan. derang ni tak balik beraya ke? confius plak sebab mlm rumah derang still ada org. balik raya pon ada jugak.
sampai2 jer kuarkan sumer barang2, kemas2 apa yg patut naik atas mandi siap2 baru rest. mlm tu makan apa tah aku pon dah lupa. ain plak sampai2 bg makan, mandi2 siap2 terus naik atas melepek. dalam 7.30pm dia dah lelap sampai esok pagi.
sekian terima kasih.
ps.. penat sungguh aku nak taip ngan karang post kali nih. nak tanak kena abiskan hhuhuuuhu... termuntah la sape2 yg nak baca. heh.. chiows
next update is besday ain yg ke-2. itupon tak janji hehe.. mungkin tempek2 gambar jer sket ngan buat pembetulan dari post mama hehehe..
Saturday, October 11, 2008
ain raya 2008 vol 3
3rd October 2008 - 3rd Aidilfitri
sampai mana ek, nak recall kejap... ookkayy dah ingat. sumer pon terjaga sebab nak bersihkan @ samak najis mutawassittah tu. kemasla sumer comforter, tilam, bantal elok2. termasukla kitorang mengemas sekali. hehe cian betul masa tu. bebelan untie lom abis lg tau.. mau tak. kalau aku pon sama gak sure aku kejar kucing yg melepas tu. aromaterapi lilin tu tetap pasang utk menstabilkan bau. last2 aku lepas siap kemas aku capai towel gi mandi. sooojuukkk woo air bukit nih kalau mandi pagi2. brrrr... mengigil2 nak mandi. ain ngan mama aku tak bagi mandi dulu sebab takut kang terkujat plak. lepas sumer dah siap2 kitorang pon plan nak gi sarapan kat gopeng. mama nak carik roti canai jugak. tau2 ler kalau hari raya ke3 ni camner, mmg sumer mencarik roti canai. kitorang ber4 jer pegi gopeng satu kete. papa, mama, ain ngan paksu fahan. ayah ngan uncle mula nak pegi sekali derang gi minum kat umah mak long. untie yg dah sesiap nak pegi ngan uncle (ingatkan uncle nak pegi sarapan sama kat gopeng) terus amik car key pegi gopeng ngan family dia. untie nak singgah mall shopping barang sket katanya. so pegi pon seperate2lah. mak tak follow sebab dah masak sarapan kat umah (tapi tak cukup la utk hidang sebab balance nasi semalam) mak pesan kan roti canai kat kitorang. so sampai pekan gopeng carikla org jual roti canai. bayangkan la satu pekan gopeng tu cuma satu gerai jer jual roti canai. punyala lama nak order roti canai sebab sumer pon tertumpu kat situ. dalam 1/2 jam baru dapat masing2 roti canai (makan sana) and yg tapau cuma siap another 1/2 hour. padahal order 5 keping ker (tapau). aiyaa.. mama dah bising2 dah apasal lama sgt. nak wat camner kan. lepas mama bising2 baru dapat hehe..
balik jer dari gopeng, nak siap2 mandikan ain nak gi beraya umah maklong. ayah baru balik dari sarapan umah maklong cakap dia nak gi pekan kejap sebab terlupa pesan surat khabar. aku pon mmg terlupa langsung nak beli paper huhuhu.. ain yg nak mandi tadi leh lak cakap "nak ikut atok" haiii mandi la dulu kecik papa nih.. isk mama dia terus dokong bawak toilet mandikan and siap2 kan ain. lepas mama siap, ain pon dah pakai baju raya kitorg gi umah maklong beraya. masa tu untie baru pulang dari gopeng nak siap2 balik kl. yerla derang dah ada sebelum raya lagi. siap untie family ngan mak ayah sempat mengecat umah opah la before raya haritu. masa untie sesiap nak masuk barang dalam kete tu tanya la untie singgah dulu umah mak long kan? so kat umah maklong jer la nanti kita bersalaman.sebelum aku gi umah maklong untie sempat bagi kain pelikat. wahh tq tq. cantik kainnya. hehe so lepas tu aku gi umah maklong (jalan kaki jer sebab sebelah umah jer) hahaha bunyi mcm jauh ek. carik maklong rupanya kat kedai depan. mama panggil maklong ngan eda. kitorang salam and borak2 ngan eda. rupanya eda tgh menunggu hari nak bersalin (baby boy katanya). terkejut gak sebab perut tak nampak sgt maybe sebab 1st baby. borak2 untie pon sampai nak jumpa maklong. kitorang salam2 la untie ingat jumpa kat kl je pasni kut. lepas dah salam2 tu kitorang pon terpaksa balik umah opah sebab ain dah start magam2 ngantuk nak tido. mlm td tido lewat pastu jaga awal kan sure dia ngantuk.
sampai umah opah tgk mak dah siap2 packing barang nak beraya umah paklang kat tapah. kitorang baringkan ain kejap dia terus tertido. cian ngantuk sgt. sementara ain tido papa pon packing barang masuk kete. masa ain tgh tido tu barang dah siap packing. kejutkan la sebab nak bersalaman ngan opah. lepas ni maybe paktam plak sampai kampung. lepas salam2 tu baringkan ain kat depan ngan papa start kete terus gerak umah maklong. salam2 maklong terus gerak ke tapah. kejap jer lepas tu ain tertido balik. disebabkan 3rd oct tu hari jumaat. ayah malas nak jamak or qasar singgah la masjid solat jumaat dulu. mama, ain ngan bibik tinggal la kejap dalam kete sebab papa masuk masjid jer terus dah nak solat, khutbah pon dah abes. dalam 1/2 jam siap semayang terus gerak menuju ke tapah umah pak lang.
jalan ke umah paklang ingat2 lupa nasib baik follow ayah. sampai umah paklang dalam pukul 2.30pm mcm tu la. rupanya untie family ada kat sana. kitorang sampai derang dah nak gerak balik. salam2 sekali lagik ehehe.. lepak umah paklang borak2 ngan anak2 dia.
opss tuu bii continue again.. tunggu vol 3. panjang entry raya tahun nih. saja nak buat karangan detail pasal raya.
Friday, October 10, 2008
ain raya 2008 vol 2
2nd october 2008 - 6.30pm
at last sampai kat tol jalan duta, ujan renyai2, masuk jer hiway terus speed-up. target sampai kul 12mid night. masing2 dalam kete dah kepenatan, mama pon teman sampai kat rawang, pastu dah hanyut terangguk2 mimpi sapa tah hehe.. takper dengan kemimpian mama, papa pon tekan minyak kuat sket hehe adala dalam 140 maintain sampai mama jaga kat mana tah slowdown sket, tupon sebab mama bising laju sgt. camner dia leh tau, ada sensor agaknya tgh2 tido terkujut mimpi terus cakap jgn bwk laju2 hehe slow down kejap jer sebab bila tgk back mirror mama start teranguk2, papa pon menyanyi bersiulan menekan minyak. atlast sampai exit gopeng, wah jam baru menunjukkan kul 11.15pm. cepat jugak sampai hehe. sampai trafixlight kona kiri bwk slow2 sebab takut terlepas simpang masuk kg chulek. sekali tanya mama yg tengah mamai simpang mana nak masuk, mama cakap "simpang ini simpang ini" hehhehe tu la kesalahan tanya pada org mamai, sekali masuk bukan simpang, terus masuk rumah org ehehehe.. aiyaa.. takper2 di maafkan sebab hari raya. bwk slow2 sampai ada satu signboard "kg chulek" tah bila dia pasang sign board kona la kiri masuk signboard. sampai je umah onyang opah kul 11.30pm tgh2 mamai dokong ain baringkan kat depan (mak dah siap bentangkan comforter) tapi ain dah terbuka mata terus tanak tido. salam2 ucap selamat raya ayah tanya cepat engkau sampai. ingat sampai kul 12. dalam hati aku cakap mana tak cepat, bawak kete 140km/j tp tu tak laju tu. yg aku jawab "jalan clear tak jem sgt" hehe coverline tp mcm bapak mertua aku tak tau hehehe..
lupa lak nak habaq, yg ada kat umah opah ialah mak ayah fahan ngan untie uncle sefamily. tak jumpa acu family ngan adi yg beraya umah bakal mak mertua dia (kata mak). dah sampai mlm2 tu ingat leh tido sekali ada program masakan la pulak. ayah ngan uncle penuh semangat buat barbercue (khas utk cucu yg balik beraya) actually mlm raya derang dah ber babercue. ada balance agaknya tu yg bakar sekali abiskan sumer. apa lagi kitorang pon mengadap la. borak2 sambil makan2 papa dah mula ngantuk kepenatan. ajak ain baring tido2 sekali sambil2 baring tu "opocot mak kau meletop" papa tokojut bunyi lotopan kuat mercun klcc (kata mama) ain ketakutan mengigil2. papa la gatal bwk ain kuar tgk bunga api tu. terus dia nangis. bwk masuk umah peluk pastu baringkan. dia nangis takut. pastu dah 10 minit diam. molotop lagi bunyi morcun tu. apasal aku tulis camni? heh apa lagi mama yg berdiam diri dari tadi mula la membebel "derang bakar lagi mercun tu akan aku bersilat kat luar tu halau hamput sumer org" kata mama setelah ditambah perisa oleh papa hehehe..
dalam pukul 1.40pm baru masing2 tido. lupa lagi nak habaq, dari kita datang untie dah tido yg berjaga cuma uncle, agaknya untie penat sgt tido tak sedar diri hehe bunyi mercun kuat pon tak terjaga. hebat lah untie nih hehe.. ok papa terjaga dalam kul 6.00am tu pon sebab dengar org marah2 bebel2 something. bila lampu depan di buka mmg la silau so masing2 terjaga. papa ngan mama laa.. papa terus bangun tgk rupanya untie bebel2 kan sesuatu. tanyala awat? untie jawab masa tu tak dengar sebab tgh mamai lagi. gi bilik air papa basuh muka amik air semayang solat subuh dulu. dah siap baru tanya lagi kenapa bebel tak habis2 lagi. nak tau apasal? rupanya mimpi ngeri mlm td masa dia tido jadi kenyataan hahahaha.. kat ujung kaki setempek taik kucing melepek kat tikar, selimut, lantai. masa tido tak sedar kucing melepas kat situ abis la kaki sume kena secalit tahi hehe. kelakar tapi kalau kena kat batang idung sendiri mau mengamuk jugak. lepas untie buang sume palitan berr kucing untie bakar kemenyan aromatherapy. baunya menusuk kalbu (bau wangi + taik kucing) last2 sumer org bangun takleh tido. hehe..
to be continue again..
Thursday, October 09, 2008
raya ain 2008
Tuesday, September 30, 2008
wut the heck!!
Monday, September 29, 2008
ikan makan kaki
ikan berkerumun sebaik kaki masuk kolam. lapa giler agaknya ikan2 nih.
abis bulu kaki pon dia sedut.. hehe tak tercekik ke gamaknya?
10minit abis kulit kaki jadi putih merekah-rekah
cuba bayangkan kalau korang rendam satu badan dalam kolam camni? agak2 apa akan jadi hua hua hua..
Saturday, September 27, 2008
buka pozerr
Half of da site gang star
Some of new staff (Ten kong consider newstaff lah-rejoin ma) from left: Azhar (X-QS now Uitm), Ten Kong(Archy-4G9), Faizal (Asst QS-4G8&9)
From left: Abg Rem @ Papabear M&E Coordinator, Ila (lastday with WCT-join Suncon), Bahrin (X-M&E Supervisor now at Bukit Tunku, most prob after raya come back to Putrajaya project)
From left: Ahmad (X-QA/QC now at Paradigm, will back to Putrajaya after raya), Me @ Aizul currently as Sr. M&E Engineer 4G8&9, Zaki as C&S Coordinator and Mat Jambu @ Khai as Jr Supervisor C&S
Saper lagi kalau bukan si Giant @ Malik hua hua hua.. aku punya Asst M&E Manager Mr. Malik dgn Abg Rem
Couple of the Night. ehehe..malu2 kucin si Khai bila kena suruh amik gambar dgn Cik Farah
Asyik amik gambar jer, pak janggut nak makan pon tak senang.. aiyoo..
Fuhh tu dia papabear menyuap kek. Dua2 belah tangan. Tamak haloba betul la(korang ingat tak cerita katun pagi2 zaman dulu2 pasal monyet yg tamak makan cili. jangan monyet jangan monyet)..hahaha tak abis der kek tu.. sorry bro kutuk hang. raya mintak maap hehe..
aku dgn amad sebat pulak teh tarik.. tak habis2 mkn lagi even perut dah membuncit gile hahaha.. mmg la berat naik puasa2 nih keh keh (aku le) amad kadar metabolisme dia tinggi
Friday, September 26, 2008
LETERAN AIN
hehe tajuk pon kelakar.. ni sajer jer aku post sebab nak share pertumbuhan ekonomi ain sejak kebelakangan ni....
BTW... selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.. dari kami sekeluarga.
Thursday, September 25, 2008
SALAM RAYA
..::Semoga Aidilfirti memberi kegembiraan kepada sekalian umat Islam dan anda semua::..
..Maaf Zahir dan Batin..