Saturday, January 19, 2008

Mari Masak Memasak ~edisi boring giler~

pada satu malam yg hening, telah datang kepadaku satu suara yg manis meminta ku menolong memasak satu hidangan ala barat yg ku kira amat menyelerakan.

dalam bisikan itu ku dengari samar2 nama masakan.... jeng jeng jeng....

chicken lemonade

maka ku bertanya bagaimanakah mahu membuatnya.. keesokan harinya telah ku terima satu khabaran bahawa recipe utk membuat masakan ala barat itu telahpon di cetak. tidak sabar rasanya di hati utk pulang melihat bagaimanakah cara membuatnya...

hua hua hua hua hua (bg aku gelak dulu)...

maka setelah pulang dari medan peng"ular"an di tempat kerja, ku terus tatapi cetakan itu, terus ku memandu kakiku ke pasar berdekatan utk membeli barangannya..

bermulalah episod baru dalam hidupku... tukang masak terhebat lagi tersohor bakal di lahirkan..

hhiaiaihaihaihaihaihaiha (gelak lagi)

bermulalah langkah pertama ku menyiang ayam menjadi kepingan2 lalu ku perap dengan garam bersalut tepung jagung. setelah selesai ku goreng ia hingga menjadi kuning ke-emasan.

ops... tuu bi continue....

wassalam... hehehe

1 comment:

Anonymous said...

oit apa sudah jadi sama ko punya chicken nihhhh? OK or KO? HEEHEHE..