Thursday, June 22, 2006

akum and selamat kembali

cuti panjang aku pon panjang kaki laa.. cheewaah mcm dapat bonus 3 bulan plak ek nak gi bercuti jauh2.. ahakss.. hadui penat sehh balik jejalan nih.. start hari isnin 12june aku gerak ke cameron highland ngan member sekapal buat private hospital tu. thanks anuar besar. aku plan nakg pulau lang tengah jer tapi sekali dia ajak lepak ngan dia kat cameron tu. aku pon hapa lagik. ok jer arr hehehe. ikut hiway utara selatan exit simpang pulai terus naik cameron dalam 1 jam 15 minit arr dari exit tu dah sampai, kalau ikut tapah mau 3jam baru sampai hehe.

sampai sana stay 3days 2night kat equatorial, sejuk nak mampos. ditambah plak dengan hujan.. perghhh dok dalam selimut jer arr.. tu dah pikir lain arr tu.. cheh.. tak habis2 ;p hahhaha.. mlm tu makan seafood, 4 kepala dalam rm80++ ok laa dari makan kat hotel. ingat nak tgk bola tapi ngantuk+penat punya pasal tgk 1st round jer.. pukul 3 pagi punya game babai.. hahhaha... esok plak gi round2 kat taman kaktus. sampai penat giler jalan petang balik tido. kul 5pm g pasar beli strawberi ujan plak turun, terus balik apartment huhuh. esok pagi2 sesiap awal nak gerak terus gi merang jeti kat terengganu.

otw turun bukit dari cameron nak ke gua musang tayar kete lak pecah. hantu betul.. aku tak perasan ada cebisan kayu balak kat jalan, nak elak lubang terlanggar plak kayu terus pecah tayar. dekat 1jam lebih tgh2 panas membara tepi hiway yg takder org+kete aku tuka tayar guna tayar spare. giler ahh. nasib baik dah dekat ngan pekan gua musang. sampai jer pekan cari stesen minya gi pam tayar+rest kejap, pastu terus sambung gi merang jeti. nasib tak sesat hahhaha.

aku bertolak dari equatorial pukul 11am sampai merang dalam kul 6.15pm penat giler. sampai merang carik bilik nak lepak sebab nak ke pulau esok hari. so kitorang stay kat suria merang resort. boley arr nak rest kat situ. esok pagi kul 9.30am gerak gi jeti merang naik boat kul 11. hampeh janji pukul 10am boat laju skali naik boat ikan. gile lambat + bising. pening kepala aku kejap.

kul 12.30 sampai de` coconut resort masuk bilik nasib bilik cun.bukak aircond kuat2 lepak bilik sat pastu gi lunch. kul 3pm ada snokerlling around island. masuk jer laut ingatkan best sgt tapi tak seperti diharapkan. banyak dead coral. tapi ikan cantik2 banyak arr. derang bawak kitorang naik boat gi area lain, kira ok arr. penat giler berenang sampai tak larat badan huhuhu. malam tu bincang punya bincang esok kena balik kl jugak. badan wife dah tak larat+demam huhuhuhu cian dia... nasib baik ada member nak gantikan tempat tu, kalau tak membazir jer 2days 1night fullboard. thanks to azrul.

esok pagi balik jeti kul 9am gerak dari resort sampai jeti 10am, nasib naik boat laju si azrul dah tunggu ngan wife dia(baru kawen) kira honeymun la utk korang. rezeki korang la nih nampaknya. kitorang plak packing barang dalam kete terus gerak gi kuala terengganu, gi pasar payang sat nyopping apa patut.. pastu terus shoot balik kl lalu LPT. sampai umah dalam pukul 7pm sabtu 17june. balik jer unpack, sesiap terus gi klinik.

itulah kisahnya percutianku yg memenatkan. amin.. nak tgk gambo ko tunggu la wife aku hapdet plak dia punya fotopages tu. hehehe. chows..