Wednesday, October 14, 2009

open house at lot c

not bad for raya celebration.. really happening and enjoy. thanks to PM of KLCCPSB. siap ada karaoke lagi.. budak2 nih mmg lupa daratan kejap. huhu..

aku makan kambing panggang byk jugak.. takut kejap bila pikir balik. tgi kolestrol tuh, satg menderita mcm2 sakit baru tahu.

but salute to the organizer. 1st time aku rasa project buat raya celebration as big as this one. baru siap keje, aku nak balik umah. penat arini meeting terkejar sana terkejar sini. pg2 dah kena masuk site sebab ada boss dari korea dtg buat audit at site. ujan plak tuh. but still aku happy kje sini dari last time.

Saturday, October 10, 2009

ma rabbuka?

Ada satu famili.. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan.

Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi,kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja.

Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajarbapa mertua, yang diatas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan.

Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata:

"Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).."

Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."

hahahahhaha... persoalannya.. adakah ini lawak atau pengajaran? pikirkan dan renung2kan..

Thursday, September 10, 2009

DEMAM MODE

DEMAM RINDU???
since 10 month until 3years old and suddendly seperated..wut else if not rindu.. huhu but wat to do.. life must go on. problems should be solve. wut everlah..kalau ada pon memeningkan kepala je.. yg penting anak sulungku mesti pulih. doakan yg terbaik utknya..
she become so lemah.. tanak makan.. nasib nak minum susu tu pon kena paksa.. ubat dah macam2 makan. fever still tak kebah. smalam call mak mintak tolong dapatkan"sesuatu" utk pulihkan semangat dia... hopefully berjaya.. kita usaha yang selebihnya "ikhtikhori" berserah kepada Allah dan berdoa kepadaNya..
ni si kecik bulat encem papa pulak demam berjangkit dari kakak nya.. since malam semalam dah start mcm panas2 sampai la pg td max temperature around 38 plus. pagi2 g klinik mintak ubat then mama cucuk ikut bu**ut. petang baru surut sket then malam ni dah boley gelak2. tido td check normal temperature. Alhamdulillah si kecik bulat encem papa tak panas sgt dah. anak sulung je still magam2 time tido macam meracau sket.
lap badan dia dengan napkin utk cool down body temp.. just yg pening skarang camner nak bg dia makan.. sumer bg dia tanak makan. isk isk isk.

Sunday, August 30, 2009

29 tahun 1 bulan

huish.. tak sangka aku dah genap 29 tahun 1 bulan arini.. tahun depan masuk 30 han??? isk isk sungguh tak sangka..

belated post by me.. on the dot of 30th July 2009 genap 29 tahun.

Special Thanks to MAMA RIKA, AIN & AMMAR

Thanks to My Beloved Parents

Doakan yg terbaik utk KU dunia akhirat.. amin..

The picture of 30th July 2009

one piece cake?! - YeaHH!! Marvelous -Delicious

From Left: Sanji The Black Leg (Ship Gourmet), Nami The Weather Controller(Expert Navigator & Master Thief), Zoro Three-Swords-Wielding (Swordsman), Monkey D. Luffy (The Captain known as Straw Hat Luffy), Tony-Tony Chopper (Ship Doctor), Ussop the Liar (Ship Sharp Shooter) and Nico Robin The Archaeologist.
Not In the Picture: the cyborg shipwright Franky, and the living skeleton musician Brook.

Excited FACE!! ~ Hehehe ~

..Sungguh Creative..

Tadaa... hadiah utk Papa

Wit Hensem boy papa

Wahh.. Dunhill from MAMA

DA Parfume~
CLOSE UP

a 1: udah le tu dengan anime
a 2: baca anime tu hobi lah
a 1: hobi buang masa buat apa.. baik hobi cucuk tanam, ada hasil..
a 2: aku dah bercucuk tanam lah kat bawah tu.. dah makan pon hasilnya
a 1: tak makan saman btol lah.. tahun depan dah masuk 30
a 2: thirty is just a number.. and men start at 40 ok..
a 1: isk isk
a 2: yer lah..
a bukan nama sebenar: ABAIKAN..

Saturday, August 22, 2009

1ST DAY PUASA-1 RAMADHAN 1430

INGAT..SESUNGGUHNYA DALAM JASAD (MANUSIA) ADA SEGUMPAL DARAH. JIKA IA BAIK, BAIKLAH JASAD SELURUHNYA. JIKA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD SELURUHNYA. INGAT! ITULAH HATI.
(H.R. BUKHARI & MUSLIM)

Friday, August 21, 2009

selamat menyambut ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK..

Monday, August 17, 2009

my new project

best plak keje ngan dorang nih.. makan mmg tak kedekut lgsg..wife aku cakap keje sebulan muka gemuk balik.. perut lagik la hehehe..

buat project high end.. just want to share sumting yg agak menarik.. 3d simulation yg di buat oleh derang.. jeng jeng jeng..



this is my new project.. next to KLCC

Thursday, August 13, 2009

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu. Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba- Nya.
Firman Allah dalam surah Ali 'Imran 135-136: (maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama, atau melakukan upacara yang menyeksa diri demi penghapusan dosa seperti melukakan diri atau berjalan atas bara api atau membuat bayaran penebusan.Demikian perbuatan sesetengah pihak mencari rezeki dengan mengambil upah untuk pelupusan dosa solat atau puasa atau ibadah yang lain, bukan dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengenal itu semua. Seperti Islam tidak pernah menerima sama sekalipun perbuatan sesetengah agama lain yang mengeluarkan surat berbayar untuk penghapusan dosa, demikian Islam tidak dapat menerima perbuatan penganutnya jika melakukan hal yang sama dengan mengeluarkan borang pahala yang dijual sempena Ramadan atau selainnya.Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Jika keampunan hanyalah bayaran yang dibayar kepada pihak tertentu, tentulah semua orang kaya tempatnya di syurga.Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan agama, cukuplah dengan membanyakkan ongkos, maka selamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai, tentu tidak demikian.
Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91).
Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain.
Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).
Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.
Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini.
Bahkan dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya.
Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.
Saya bicarakan tajuk ini, sesuai dengan suasana puasa. Juga agar perbincangan agama, janganlah menyebabkan manusia ini kecewa dengan diri mereka dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan.Agama ini begitu lunak. Pintu untuk mendekati Tuhan tidak pernah hanya dikhususkan untuk orang tertentu semata. Bahkan sesiapa sahaja yang menerima Islam ini dan berusaha mendekatkan diri dengan jalan Rasulullah maka dia akan sampai ke dalam rahmat Allah.Tiada perbezaan antara mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.
Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut “dosa- dosa si polan tidak akan diampunkan Allah.” Ringan perkataan itu di lidah kita, amat berat kesalahannya di sisi Allah.Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba- Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.
Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim).
Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, di pentas filem, di medan politik atau apa sahaja.Janganlah perbincangan agama hanya menggambarkan seakan semua manusia akan memasuki neraka semata, lalu kita lupa Allah ialah Tuhan Yang Maha Rahmat. Ungkapan-ungkapan agama ini adalah ungkapan memberikan harapan, bukan menimbulkan kekecewaan.
Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya- dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya “tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu”, namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.
Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.Saya amat hairan, ada agama tertentu yang dikatakan mempengaruhi emosi sesetengah anak-anak muda kita disebabkan unsur kasih sayang dan rahmat berkenaan yang ditonjolkan dalam agama. Seakan anak-anak muda kita tidak pernah mendengar tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah dalam Islam ini. Lalu mereka pun kagum dengan agama lain dan melupai agama sendiri yang diturunkan Allah ini.Adakah kerana mereka tidak mempelajari ajaran Islam yang betul? Ataupun kempen kita kepada Islam kurang menonjolkan unsur-unsur kerahmatan agama ini?Hendaklah kita sedar, dalam dakwah baginda Nabi bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya tentang kemurkaan Allah kepada yang menderhakai- Nya tetapi juga rahmat-Nya bagi yang kembali kepada kepada-Nya.
Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepada hamba-hamba- Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan) .
Di suasana Ramadan ini, semoga taubat mempunyai ruang yang besar dalam hidup kita. Manusia disuruh takut melakukan dosa. Namun jangan kecewa jika tersilap. Di samping insan juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau setelah diberi peringatan, boleh menghilangkan ingatan insan untuk kembali kepada Tuhan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Saturday, June 20, 2009

Farewell WCT

today last miting (staff mtg) with all staff WCT.. like i said, tanpaku project siap jugak.. gudlak to Hisyam.. my partner & Malik my superior.tak larat aku nak jaga dua2 trade utk dua2 block. nanti jumpa balik punya tapi not with WCT lah but most prob as a client la pulak kan.. time tu korg la entertain aku pulak hehe..


so mlm ni barbeque? jgn ujan dah la hahaha.. aku datang bwk perut jer ok hehe.. kita enjoy. ada karaoke ke?? 10 lagu? bole2 tarak hal... :P

korg mmg da best site staff lah penah aku join.. haha..

tgh ari ni makan mana lg? kenyang aku minggu nih heh..

Friday, June 12, 2009

lagi offer??

aku pon tak penah plak terfikir yg bidang aku amik nih hot mcm pisang panas.. rezeki anak agaknya.. baru td kak zarina of li zainal call aku. Mr Ir Lee said no problem if dia jd mentor as long as aku jd RE utk project dia hahaha..win-win situation.. aku no hal punya. jd RE pon best gak. tapi utk project mana? sekali dia cakap utk project 4C11?? hahaha lawak la pulak. kat sebelah project sekarang jer.. tapi mcm nak siap.tinggal testing & commissioning jer. aku tanya pas project nih siap nak kemana plak.. dia cakap u choose lah ada 2 project satu paradigm kat kelana jaya satu lg kat Kl central..dua2 project pon lama lg.. kurang2 3 tahun.. dia suh pk dulu. pasal gaji dia offer lebey dari kl project yg aku dpt skarang.. mcm menarik jer.. tapi aku nak tgk la term & condition dulu.. dlm kepala for sure aku amik kl central. senang nak erl gi/balik keje jer. pastu aku leh concentrate pasal nak amik Ir tuh.. best best.. hopefully this is the better choice for me.
but.. tinggal 10 days lg aku nak start kat klcc tuh. takkan nak tolak kut.. ah takper2.. gi jer keje dulu kat klcc tuh.. kalau ada better choice why not kan. resign la cara baik. aku pon ada target jugak.. hurmm ok lah.. now confirm lah tgu Mr Lee call balik then confirm ngan dia term condition pastu inform skali situation aku. kalau dia agree then aku nak letter saying that i will go to kl central MRCB project tuh after 4C11 finish. then baru aku join consultancy pulak.
soalan cepu emas nya.. : SUDAH PENUH KAH ILMU DI DADA UTK JD CONSULTANT??
jawapannya.. : INSYA-ALLAH MOGA DI PERMUDAHKAN JALAN.. bidang yg sama rasa mcm takder byk masalah. lg pon 3 project cycle aku dah siapkan. mudah-mudahan this is better than yesterday...

Tuesday, June 09, 2009

starting a new site

arini aku dapat call from daewoo suh start keje ASAP. urgent katanya.. aiyaa aku ingat nak rilek barang sehari dua before start keje... tapi request di tolak.. huhu kambing btol lah.. sure keje baru headache.
tapi takpe lah. kalau ada offer jd RE aku lebih rela amik jd RE. sebabnya aku target pon tahun depan nak buat Ir. kalau takder mentor susah plak. nanti aku tanya kak zarina.
sure budak2 wct gelak jer bila aku jd re li zainal utk project paradigm. hahaha asalkan masyuk gua tak kisah beb...
apa2 hal pon gudlak to me.. huarghh.. sabar..sabar..

Monday, June 08, 2009

AZAN

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.
'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.
Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!

Thursday, May 28, 2009

dapat keje baru

aritu aku ada interview kat daewoo project lot c klcc. just beside klcc. abis interview jer dia cakap suh collect offer letter next 3 day. uwahh rezeki yg tak di jangka..of course gaji lg banyak.. actually aku ingat nak stay wct siapkan project 4G8 & 9 tapi di sebabkan beberapa issues.. aku terpaksa caloh.. lgpon dengar2 WCT dah goyang.. no upcoming project. staff ramai nak kena retrench. baru2 ni pon 2 site staff kena buang 24hours. dia bg 2 month salary. giler arr.. so rasanya, ko ni keje jadi staf permenant ke, contract ke, dia sukerati jer leh buang. bayangkan la esok datang keje dapat letter lusa xyah datang lg dah. perghh.. leh terduduk jugaklah..

baru2 nih aku gi meeting PJH.. derang sound WCT selepas aku cucuk ameer.. aku suh dia check organization chart yg wct anta.. wahahaha padan muka.. pasni dpat letter from PJH suh justify or deduct preliminary payment. bagus-bagus..

pastu dapat plak berita baru.. hahaha aku nyer consultant sini offer jd RE kat paradigm project hehehe.. klakar plak tapi aku diamkan jer dulu.. rasa mcm bley join sbb aku pon target nak amik IR next year. leh laa kut nak merasa ada title sket depan nama. muahahahha.. "aizulll sedar sket.. merendah diri skett.. satg aku sekeh pala hang baru tau!!" katanya si aizul.

;P hopefully my case going smoothly and kebenaran berada di pihak aku.. hopefully lah.. kalau dapat mmg rezeki aku.. kalau tak dapat mmg bukan rezeki aku lah nampaknya..

isk bulan nih terasa lambat pulak gaji huhuhu...

caloh beteyy..

Wednesday, April 15, 2009

kehensemanmu yang terserlah

yee haa
hehehe.. apa korang rasa title tu? sure ada dah dapat tangkap ekeke..

AMMAR ELYAS Bin NUR AIZUL ADZWAN

ada baik dan ada buruk

lama sungguh aku tak hapdet..

lantak la kalau aku ada masa baru aku update.. for time being super hell bizi keje kat site.. tapi semalam aku realize sumthing huhu ikutkan keje sampai mati baru habes so..

kali ni aku cuma nak lepas tensi sket kat blog..

ada baik & buruk keje construction nih.. tapi bagi aku yg dah masak dengan construction site nih mcm lg banyak buruk jer dari baik hehe..

first yg best gaji dia liltle bit tnggi dari lain2 keje lah..kalau overseas boley demand international starndard rate but of course tgk balik keje yg mcm mana.. kalau oil and gas sure tinggi tapi mcm tader life kut. mcm construction nih time tak strict sgt.. flexibility tu ada.. kalau kilang mmg payah (dulu aku keje kilang kejap) mmg aku tak berapa suka.

second dia punya environment of work mmg suit aku.. tak bosan keje construction nih.. tiap2 hari issue dia lain2 tapi bila dah masak all the problem senang je.. cuma yg buhsan nak deal dgn human attitude.

kalau ada factory visit bley melawat & jalan2 carik makan huahauahauhahauah... mana taknya kejap g jepun seminggu educational visit utk lift pastu jalan ke istanbul test transformer pastu g italy plak tgk genset tah mcm2 lah.. yg best of course para engineer lah hahaha.. makan tanggung berak cangkung punya.

baik yg lain aku tatau.. malas nak cakap..

yg buruk byk gile.. satu keje construction mmg fast track punya keje.. nak2 civil engineer hari ahad pon kena keje. standard lah.. hari sabtu full day.

lagi keje nak organize sub contractor... kalau subcon ok maknanya tak byk problem tapi kalau subcon langsi.. mmg kena maki hari2. agaknya sebab tu org construction ni kalau cakap mesti stail jerit2 or cakap kuat..

lagi kalau m&e dah masuk stage testing & commisioning mmg la bercelaru sket. sampai ke tgh malam buat test tak habis2 huhuhu..

kalau client cerewet mcm PJ* memang lg buat tensi.. nak mcm2 kejap itu lah kejap inilah padahal satu putrajaya dah guna menatang tu. bosan betul. patutnya keje kat site nih hand with hand and solve the problem bukan create the problem menyusahkan org. bodoh bangang tak bertempat. checker dia plak satu hal tak reti cakap la tak reti bley explain ni bodoh sombong pastu tanya soklan bodohkan diri sendiri. aku dengar pon rasa malu.

dah la aku nak pi rest jap.. tp yg jelas aku tensi dah sekarang. dengan management mcm take for granted. patutnya amikla experiance engineer lg nak buat keje 2 mechanical 2 electrical engineer tapi sekarang aku sorg2 handle sumer. malik for sure dia jadik boss dah masuk management level jer. pi meeting lah itu lah.. dah aku sesorg mcm sewel buat keje. mangkuk jamban betul la. tgk la aku dah sound SPM aku smalam.. kalau tader org baru masuk next month mmg aku humban keje2 kat depan bilik dia. baru dia tahu.

haaaa huuuuuuuuu.. tarik napas hembus pelan2.. haaaa huuuuuuu

anak harun betul lahh...

Monday, January 19, 2009

banyaknya nak guna..

aiyah.. betul2 headache kan ma.. nak pindah rumah nih betul2 manyak wang mau guna.. itu lah ini lah.. plaster ceiling lah, grille lah, kabinet dapur lah, wiring rumah lah.. lampu kipas lagi.. pasni kos nak pindah pulak.. huarghh.. kering kontang dah nih..
isk isk why money is almost everything? nanti lah attached budget ngan apa yg kitorang dah buat.. pening woo..

Saturday, January 17, 2009

pegi haji balik haji

hehe pon siaran tertunda jugak..
kisah mak ayah gi haji.. susah sekarang nak carik waktu free.. biasanya bz manjang. nak2 planning pindah rumah nih.. itu lah ini lah.. mcm2 hal jugak.
derang gi haji 45 hari kalau tak silap. pegi masa tu berapa haribulan tah aku pon lupa.. tapi yg tak tahan tu masa sampai... aiyaa.. sekali tgk muka bapak apasal kurus sgt nih.. cam tak caya jer.. nampak betul keuzuran ayah. mak maintain kut tapi tak tau lah sebab mak balik pakai jubah. tapi bila dah sampai umah tgk mak pon kurus..
cerita punya cerita mau tak kurus..time raya haji kat sana makan megi sorang sebungkus jer.. isk isk tabah kan iman cekalkan hati.. aku balik klang bawak mcm2 makanan ingatkan adik2 aku tak der menda nak makan... tapi mak aii.. membazir2 lagi adalah. sehari sebelum tu aku belikan kfc satu barrel. pon tak habis. last2 aku balik yg makan. beli lemang 2 batang. sebatang lg tak berkopek... last2 aku bwk balik umah suh bibik potong masuk tapauware esok bawak gi opis. fuh kejap jer licin.
masa mak ayah balik tu aku dtg gi amik, satu kete kosong, intan naik kete member, aizad ngan pinas naik ngan mak teh. time pegi tu ujan la.. lebat jugak. dalam kul 9 aku sampai. tgu punya tgu kul 10pm baru keluar. dah dapat peluk salam cium semua aku nak masukkan beg2 yg bagai mcm org pindah umah ke dalam kete.. hehe sekali ada satu beg tertinggal kat dalam lupa nak amik.. mak aii borong apa nih byk sgt siap boleh terlupa beg. keh keh keh.. apa apa jer lah..
lepas tu aku ngan aizad gi masukkan beg dalam kete, sumbat punya sumbat nasib muat.. hhuhu tapi senget sebelah la jugak. lebeh kurang kul 11pm bertolak balik klang. kul 12.30am sampai klang. uii lotih jugak sebab siang tu aku byk plak keje kan. dah sampai kuarkan barang2 sambil makan2 (hebat tul makan sambil kuarkan brg2) heh aku kuarkan brg dulu baru gi makan. lepas tu borak punya borak tak sedar kul 2 pagi isk isk.. kul 2.30 tido.
pagi aku terbangun bila wife call tanya nak follow tak gi fared menikah. mak aii terlajak kul 7.30am. dengan kelam kabut aku siap2 terus gerak naik komuter. komuter plak slow pastu terus berenti rosak ke apa jadah aku pon tak tau. sampai stesen aku kuar terus cabut tahan cab naik. sebbaik ngam2 sampai kul 10.30am kat BTR. siap2 tuka baju terus gerak. huhu tak sempat kut nak minum, nasib baik mak aku bekalkan segala macam kacang hehehe..
penat wooo.. letih betul. petang lepas menikah tu aku ajak semua gi datang klang. maksud aku mak bapak mertua aku lah. derang tak dapat dtg sebab ada kenduri tempat lain so anak bini jer la ikut. petang tu jugak balik seri kembangan sebab esoknya kenduri kawennya pulak. bapak mertua aku datang klang lepas kenduri kawen (ahad) petang. masa nih aku dah kat umah sebab penat sket + nak demam.
sekian terima kasih.