Tuesday, October 21, 2008

byk keje!!

lama aku nak hapdet.. mcm2 aku nak taip tapi mcm tak sempat jer.. so kalau ada masa next time aku hapdet sekaligus..

fyi my father and mother will be fly to Mecca on 4/11/08 Insya-Allah.Alhamdulillah dapat jugak mengerjakan rukun islam ke-5. so next coming event is kenduri doa selamat. moga selamat pergi dan selamat kembali dan memperolehi haji mabrur Insya-Allah.
apa aku nak hapdet ek? oo aku post "open site" sempena aidilfitri.
aritu budak2 nih buat site terbuka (terbuka utk staf je mcm rumahterbuka la) tah apa yg terbuka aku tatau pulak. hari sabtu dari pukul 12noon until 3pm. asyik makan jer kejenya bila bangunan nak siap. tapi credit to organizer. the most happening site in WCT huahuahuahua.. check it out.


bumiputra staff at site


backbone of m&e department


kumpulan gagak emas


the rempit boy (baju kuning)


with the organizer (intan and kak long)

Wednesday, October 15, 2008

raya picture

baru leh post gambar pasal raya.. check it out!

My father and mother

1st 2nd 3rd generation

Ampun dan maaf dipinta

Begitu jua kami

Tua, Sebaya dan Muda

Bertiga dan berempat

Yang emas dan cucu emas

Cucu Vouge nenek pon sama

Tuesday, October 14, 2008

ain raya 2008 final volume

ain raya volume 4

hurm sampai umah paklang borak2 rupanya anak dia zaidi tgh carik keje. so offer dia keje kat site aku jadik site supervisor. aku mintak email dia punya resume kalau boley workout something. atleast kalau dia keje site leh gak ada sedara keje skali. sape nak tolong sedara kalau bukan sedara kan? takper kita try tengok dulu. aku pon bukan boss kat site tu. aku cuma leh tlg forwardkan jer. kalau ada rezeki dia alhamdulillah. lebih kurang pukul 3.30pm tu kitorang pon chow nak pulang ke kl. beraya nih kejap2 menyinggah jer. hehe yerla jumpa pon setahun skali. otw nak balik plak tu. lepas salam2 kitorg pon balik la, masa nih ujan dah start renyai2, tgk sebelah kl mcm gelap jer nak ujan. mmg pon, masuk jer hiway terus ujan selebat2 ujan. drive pon slow2 jer. takleh lelau sgt. tapi aksi potong memotong dgn bapak mertua seperti biasa. kadang2 dia depan kadang2 aku depan. sampai hentian rehat mana tah aku masuk la sebab nak isi minyak ngan beli minum. masa nih aku dah sampai, tak sampai 10 minit lepas tu bapak mertua aku sampai. dia cakap try call byk kali tak dapat sebab nak ajak rest kat R&R. kebetulan instinct kut. tanya father in law nak makan dulu ker before balik, dia cakap fahan tak sabar nak balik dah. so kitorang pon ingat nak direct balik umah jer la. tak singgah mana2 sebab penat sket. lagi cepat sampai umah lagi better leh rest and kemas2 apa yg patut. kata pon raya kan.

last2 sampai umah dekat kul 6.00pm. alhamdulillah. rumah pon ok jer. takder yg obvious cuma aku terkejut satu jer, jiran sebelah umah aku ni budak2 pompuan. derang ni tak balik beraya ke? confius plak sebab mlm rumah derang still ada org. balik raya pon ada jugak.

sampai2 jer kuarkan sumer barang2, kemas2 apa yg patut naik atas mandi siap2 baru rest. mlm tu makan apa tah aku pon dah lupa. ain plak sampai2 bg makan, mandi2 siap2 terus naik atas melepek. dalam 7.30pm dia dah lelap sampai esok pagi.
hehe itulah dia secara detailnya raya kami anak beranak. perjalanan jauh memohon ampun dan maaf berjumpa keluarga jauh hanya setahun sekali itu pon kalau takder hal2 luar jangkaan yg berlaku.

sekian terima kasih.

ps.. penat sungguh aku nak taip ngan karang post kali nih. nak tanak kena abiskan hhuhuuuhu... termuntah la sape2 yg nak baca. heh.. chiows

next update is besday ain yg ke-2. itupon tak janji hehe.. mungkin tempek2 gambar jer sket ngan buat pembetulan dari post mama hehehe..

Saturday, October 11, 2008

ain raya 2008 vol 3

sambungan ke3 raya ain

3rd October 2008 - 3rd Aidilfitri

sampai mana ek, nak recall kejap... ookkayy dah ingat. sumer pon terjaga sebab nak bersihkan @ samak najis mutawassittah tu. kemasla sumer comforter, tilam, bantal elok2. termasukla kitorang mengemas sekali. hehe cian betul masa tu. bebelan untie lom abis lg tau.. mau tak. kalau aku pon sama gak sure aku kejar kucing yg melepas tu. aromaterapi lilin tu tetap pasang utk menstabilkan bau. last2 aku lepas siap kemas aku capai towel gi mandi. sooojuukkk woo air bukit nih kalau mandi pagi2. brrrr... mengigil2 nak mandi. ain ngan mama aku tak bagi mandi dulu sebab takut kang terkujat plak. lepas sumer dah siap2 kitorang pon plan nak gi sarapan kat gopeng. mama nak carik roti canai jugak. tau2 ler kalau hari raya ke3 ni camner, mmg sumer mencarik roti canai. kitorang ber4 jer pegi gopeng satu kete. papa, mama, ain ngan paksu fahan. ayah ngan uncle mula nak pegi sekali derang gi minum kat umah mak long. untie yg dah sesiap nak pegi ngan uncle (ingatkan uncle nak pegi sarapan sama kat gopeng) terus amik car key pegi gopeng ngan family dia. untie nak singgah mall shopping barang sket katanya. so pegi pon seperate2lah. mak tak follow sebab dah masak sarapan kat umah (tapi tak cukup la utk hidang sebab balance nasi semalam) mak pesan kan roti canai kat kitorang. so sampai pekan gopeng carikla org jual roti canai. bayangkan la satu pekan gopeng tu cuma satu gerai jer jual roti canai. punyala lama nak order roti canai sebab sumer pon tertumpu kat situ. dalam 1/2 jam baru dapat masing2 roti canai (makan sana) and yg tapau cuma siap another 1/2 hour. padahal order 5 keping ker (tapau). aiyaa.. mama dah bising2 dah apasal lama sgt. nak wat camner kan. lepas mama bising2 baru dapat hehe..

balik jer dari gopeng, nak siap2 mandikan ain nak gi beraya umah maklong. ayah baru balik dari sarapan umah maklong cakap dia nak gi pekan kejap sebab terlupa pesan surat khabar. aku pon mmg terlupa langsung nak beli paper huhuhu.. ain yg nak mandi tadi leh lak cakap "nak ikut atok" haiii mandi la dulu kecik papa nih.. isk mama dia terus dokong bawak toilet mandikan and siap2 kan ain. lepas mama siap, ain pon dah pakai baju raya kitorg gi umah maklong beraya. masa tu untie baru pulang dari gopeng nak siap2 balik kl. yerla derang dah ada sebelum raya lagi. siap untie family ngan mak ayah sempat mengecat umah opah la before raya haritu. masa untie sesiap nak masuk barang dalam kete tu tanya la untie singgah dulu umah mak long kan? so kat umah maklong jer la nanti kita bersalaman.sebelum aku gi umah maklong untie sempat bagi kain pelikat. wahh tq tq. cantik kainnya. hehe so lepas tu aku gi umah maklong (jalan kaki jer sebab sebelah umah jer) hahaha bunyi mcm jauh ek. carik maklong rupanya kat kedai depan. mama panggil maklong ngan eda. kitorang salam and borak2 ngan eda. rupanya eda tgh menunggu hari nak bersalin (baby boy katanya). terkejut gak sebab perut tak nampak sgt maybe sebab 1st baby. borak2 untie pon sampai nak jumpa maklong. kitorang salam2 la untie ingat jumpa kat kl je pasni kut. lepas dah salam2 tu kitorang pon terpaksa balik umah opah sebab ain dah start magam2 ngantuk nak tido. mlm td tido lewat pastu jaga awal kan sure dia ngantuk.

sampai umah opah tgk mak dah siap2 packing barang nak beraya umah paklang kat tapah. kitorang baringkan ain kejap dia terus tertido. cian ngantuk sgt. sementara ain tido papa pon packing barang masuk kete. masa ain tgh tido tu barang dah siap packing. kejutkan la sebab nak bersalaman ngan opah. lepas ni maybe paktam plak sampai kampung. lepas salam2 tu baringkan ain kat depan ngan papa start kete terus gerak umah maklong. salam2 maklong terus gerak ke tapah. kejap jer lepas tu ain tertido balik. disebabkan 3rd oct tu hari jumaat. ayah malas nak jamak or qasar singgah la masjid solat jumaat dulu. mama, ain ngan bibik tinggal la kejap dalam kete sebab papa masuk masjid jer terus dah nak solat, khutbah pon dah abes. dalam 1/2 jam siap semayang terus gerak menuju ke tapah umah pak lang.

jalan ke umah paklang ingat2 lupa nasib baik follow ayah. sampai umah paklang dalam pukul 2.30pm mcm tu la. rupanya untie family ada kat sana. kitorang sampai derang dah nak gerak balik. salam2 sekali lagik ehehe.. lepak umah paklang borak2 ngan anak2 dia.

opss tuu bii continue again.. tunggu vol 3. panjang entry raya tahun nih. saja nak buat karangan detail pasal raya.

Friday, October 10, 2008

ain raya 2008 vol 2

ok sambung perjalanan dari ayer keroh aka durian tunggal ke gopeng.

2nd october 2008 - 6.30pm
cakap kat ayah ngan mak nak gerak gopeng dlm kul 6pm. mak cakap makan dulu sebelum gerak takut laparnanti tgh2 jalan. yer lah, ain dah siap2 makan, so papa makan nasi impit dengan daging landak. Landak?? hehe rasanya sama jer bila dah buat rendang cuma dagingnya sedikit halus dan tak liat. sedap laa.. mama makan laksa katanya sedap maklong masak laksa. mengidam laksa ke mama? hehe lepas sumer dah siap2 maka kami bersalam2salaman dengan sumer. gerak tepat jap 6.36pm menuju hiway air keroh ke kl. so sepanjang perjalanan ok sampai la kat seremban jem teruk. ada 3 tempat jem sebabnya simple, ada kete rosak tepi hiway, org perlahan kan kenderaan nak tgk, sudahnya dekat 5 kilometer jem. bukan ada apa2 pon. tensen betul. sampai kat tol sg besi dalam kul 8.20pm. terus kan perjalanan ke hentian sebelah astro (isi minyak kat petronas yg ada mcD tu) tapau McD ngan top up touch n go kendian teruskan perjalanan ke tol jalan duta. otw tu ujan pulak punyala lebat dengan kilat sume siap. bawak pon slowmotion jer la mcm siput sakit perut.

at last sampai kat tol jalan duta, ujan renyai2, masuk jer hiway terus speed-up. target sampai kul 12mid night. masing2 dalam kete dah kepenatan, mama pon teman sampai kat rawang, pastu dah hanyut terangguk2 mimpi sapa tah hehe.. takper dengan kemimpian mama, papa pon tekan minyak kuat sket hehe adala dalam 140 maintain sampai mama jaga kat mana tah slowdown sket, tupon sebab mama bising laju sgt. camner dia leh tau, ada sensor agaknya tgh2 tido terkujut mimpi terus cakap jgn bwk laju2 hehe slow down kejap jer sebab bila tgk back mirror mama start teranguk2, papa pon menyanyi bersiulan menekan minyak. atlast sampai exit gopeng, wah jam baru menunjukkan kul 11.15pm. cepat jugak sampai hehe. sampai trafixlight kona kiri bwk slow2 sebab takut terlepas simpang masuk kg chulek. sekali tanya mama yg tengah mamai simpang mana nak masuk, mama cakap "simpang ini simpang ini" hehhehe tu la kesalahan tanya pada org mamai, sekali masuk bukan simpang, terus masuk rumah org ehehehe.. aiyaa.. takper2 di maafkan sebab hari raya. bwk slow2 sampai ada satu signboard "kg chulek" tah bila dia pasang sign board kona la kiri masuk signboard. sampai je umah onyang opah kul 11.30pm tgh2 mamai dokong ain baringkan kat depan (mak dah siap bentangkan comforter) tapi ain dah terbuka mata terus tanak tido. salam2 ucap selamat raya ayah tanya cepat engkau sampai. ingat sampai kul 12. dalam hati aku cakap mana tak cepat, bawak kete 140km/j tp tu tak laju tu. yg aku jawab "jalan clear tak jem sgt" hehe coverline tp mcm bapak mertua aku tak tau hehehe..

lupa lak nak habaq, yg ada kat umah opah ialah mak ayah fahan ngan untie uncle sefamily. tak jumpa acu family ngan adi yg beraya umah bakal mak mertua dia (kata mak). dah sampai mlm2 tu ingat leh tido sekali ada program masakan la pulak. ayah ngan uncle penuh semangat buat barbercue (khas utk cucu yg balik beraya) actually mlm raya derang dah ber babercue. ada balance agaknya tu yg bakar sekali abiskan sumer. apa lagi kitorang pon mengadap la. borak2 sambil makan2 papa dah mula ngantuk kepenatan. ajak ain baring tido2 sekali sambil2 baring tu "opocot mak kau meletop" papa tokojut bunyi lotopan kuat mercun klcc (kata mama) ain ketakutan mengigil2. papa la gatal bwk ain kuar tgk bunga api tu. terus dia nangis. bwk masuk umah peluk pastu baringkan. dia nangis takut. pastu dah 10 minit diam. molotop lagi bunyi morcun tu. apasal aku tulis camni? heh apa lagi mama yg berdiam diri dari tadi mula la membebel "derang bakar lagi mercun tu akan aku bersilat kat luar tu halau hamput sumer org" kata mama setelah ditambah perisa oleh papa hehehe..

dalam pukul 1.40pm baru masing2 tido. lupa lagi nak habaq, dari kita datang untie dah tido yg berjaga cuma uncle, agaknya untie penat sgt tido tak sedar diri hehe bunyi mercun kuat pon tak terjaga. hebat lah untie nih hehe.. ok papa terjaga dalam kul 6.00am tu pon sebab dengar org marah2 bebel2 something. bila lampu depan di buka mmg la silau so masing2 terjaga. papa ngan mama laa.. papa terus bangun tgk rupanya untie bebel2 kan sesuatu. tanyala awat? untie jawab masa tu tak dengar sebab tgh mamai lagi. gi bilik air papa basuh muka amik air semayang solat subuh dulu. dah siap baru tanya lagi kenapa bebel tak habis2 lagi. nak tau apasal? rupanya mimpi ngeri mlm td masa dia tido jadi kenyataan hahahaha.. kat ujung kaki setempek taik kucing melepek kat tikar, selimut, lantai. masa tido tak sedar kucing melepas kat situ abis la kaki sume kena secalit tahi hehe. kelakar tapi kalau kena kat batang idung sendiri mau mengamuk jugak. lepas untie buang sume palitan berr kucing untie bakar kemenyan aromatherapy. baunya menusuk kalbu (bau wangi + taik kucing) last2 sumer org bangun takleh tido. hehe..
to be continue again..

Thursday, October 09, 2008

raya ain 2008

raya tahun nih mmg memenatkan.. jauh betul perjalanan tapi agak memuaskan. sebelum hari raya lagi dah penat..
30th September 2008 - going to jalan TAR with papa, mama and bibik. main objective nak carik baju raya mama satu lagi sebab baju yg mama tempah only 1 aje yg siap. cian mama. and carik brooch + tudung utk mama, carik baju utk bibik, kasut dan macam bagai lah. papa dapat la sampin songket. so yg kena jaga ain masa tgh sibuk2 ni adalah papa. cian papa penat dokong ain yg dah makin berat pulak masa puasa nih heh.. sampai ke maghrib baru tiba umah terus berbuka ala kadar. sebab penat sgt agaknya masing2. tapi ain sgt behave masa jalan2 tadi. ingatkan time ujung2 gini tak ramai org tapi sama sekali silap.. punyala ramai umat yg bershopping last minit. dah lepas berbuka tu masing2 pon berehat la.. tapi bila teringat baju sumer belum kemas, so terpaksalah memendekkan masa berehat. ain masa nih dalam pukul 8 dah lelap dah. mama ngan papa jer yg mengemas2. siap kemas bagai dah kul 11pm. papa msg atok cakap gerak balik klang mlm tu jugak. plan asalnya pagi raya kat bandar tun razak then tgh hari baru raya klang tapi atok din ngan opah dah pulang beraya kat gopeng. so dalam pukul 12.30am baru sampai klang terus siap2 nak tido. mama ngan bibik kelaparan sebab masa buka tadi makan sikit jer nak2 mama yg tgh mabuk2 muntah.
1st October 2008 - pagi2 dah bangun siap2 tapi ain bangun kul 7am. papa ngan mama bangun awal. papa mandi pagi raya siap dengan baju melayu mama beli warna orange kemerahan (warna gen2 kata mama) dalam kul 7.30am, papa, mama, nenek ngan atok sama maklang ngan maksu minum pagi raya. pakcik membuta lagi kat bilik. pastu kul 8.15am papa siap2 nakg masjid solat raya. atok naik moto gi surau depan. nenek ngan makcik belakang umah tu jalan kaki. ain pulak tgh mamam pagi ngan mama and bibik. pastu masa papa semayang raya tu ain siap2 la mandi wangi2 nak pakai baju raya cute yg mama tempahkan. mama cerita kat papa lepas jer pakai baju raya tu ain muntah.. abis dah baju raya ain tahun ni kena muntah isk isk isk... mama suh bibik basuh kejap and gosok semula. nasib baju bau wangi hehe.. kalau tak bau muntah pulak. dalam kul 10am papa balik. yang lain sume dah siap2 duduk kat depan sessi salam minta maaf dan ampun sambil bergambar. yeayy masa nih yg tak sabar sebab ain bakal dapat duit raya. hehe.. mula2 sekali nenek salam atuk. pastu papa pulak salam atuk ngan nenek. then maklang salam atok, salam nenek ngan salam papa&mama. pastu pakcik salam atok, salam nenek, salam papa&mama, salam maklang. mama terlupa nak salam hehehe pastu mama plak salam atok salam nenek ngan salam papa. ke papa salam mama hehhehe pastu maksu pulak salam sumer org. ain jer tanak salam. apa lah ain pagi2 dah meragam asyik nak kepit katak dia tu. tapi atuk kasi duit raya, papa kasi duit raya ngan maklang bagi duit raya.. waa dah dapat banyak duit raya pagi2 syawal nih. mama pon dapat gak tau.
pastu dalam kul 12 tu makan2 sket sebelum siap2 nak bertolak ke johor (simpang renggam) bermulalah perjalanan ain beraya di johor. dalam kul 12.30pm bertolak singgah kejap kat R&R ayer keroh makan KFC dalam kul 2pm. jalan jem sket jer kat seremban. nasib tak teruk jem. ain dok depan ngan papa. mama ngan bibik kat belakang. kalau ain kat belakang mau ain melompat2 kan? heh.. sepanjang jalan sampai ayer keroh ain tido. berenti rehat kat R&R tu ain dapat jugak duit raya. hehe ada sorg nenek baik hati yg terpikat kat kecomelan ain bagi ain duit raya. hehhe rezeki katakan. kat mana2 pon Allah boleh beri. Alhamdulillah. dalam kul 3 tu baru papa sambung journey ke simpang renggam. sampai simpang renggam dalam kul 5pm. cian mama kemabukan kepenatan. dah sampai tu rupanya "onyang" = moyang ain = atok limah ada tamu. ain biasalah tanak salam. yg ada kat situ cuma mak uteh family (atok uteh ain) mak sal family ngan mak ndak family. mlm tu mak su family ada. disebabkan terlalu penat. ain masuk tido kul 8.30pm mama ngan papa tidokan ain pon tertido sekali heh. pastu nenek anah kejut suh papa ngan mama makan sesama ramai2. plan mlm tu nak beraya umah sedara mama kat area situ tapi sebab penat bangat tak jadik. mama ngan papa masuk tido dalam kul 10pm.
2nd October 2008 - rupa2nya pagi2 tu pak uda family sampai kul 4.30am. dalam kul 7.30am ain dah bangun. biasalah pagi2 minum susu baru kuar bilik mengacau sesapa yg masih tido kat luar. minum pagi dalam kul 8.30am. ain jalan2 kat luar rumah ngan atok dia gi umah nek su (maksu fiza) pastu balik bibik mandikan siap2 pakai baju raya. sebab kul 10am nak gi beraya umah sedara mama (atok sedara ain) papa ngan mama siap2 pakai vogue2 kitorang pon kuar beraya. dalam kul 11.30 atok msg nak bertolak beraya kat melaka pulak. tapi kitorang still kat umah sedara mama borak2 makan2. ain makan ayam masak merah banyak betul. sampai dapat bekalan 3ketul buat makan dalam kereta. hehe.. dalam kul 12noon gerak gi melaka. lepas singgah amik bibik kat umah onyang limah, salam2 bagi duit raya sumer bagai terus gerak gi durian tunggal melaka. sampai lebih kurang pukul 1.30pm umah bibik ani (nenek sedara ain bukan bibik = maid) kemain ain dengan keletahnya pusing2 badan menari sampai pening2. papa ngan mama makan mee. pastu dah raya umah bibik ani pegi pulak raya umah busu bedah (nek busu ain belah nek anah). ain tuka baju mandi siap2 pakai baju raya. mama makan nasik ngan papa. bibik suap ain makan pastu ain main itik ngan gajah ngan kerbau hehe.. kelakar masa ain takut kat bunyi kerbau tu. dah dalam pukul 3.30pm tu gerak pulak umah mak tunggal beraya kat sana ain dapat minum air zam-zam, huihh punya la ain suka rupanya. nanti papa carikkan air zam2 tu buat ain minum. singgah dalam 1/2jam kul 4pm gerak pulak umah nek busu (onyang sedara ain) yg buat air soya (tokey air soya) makan sket sebab dah kenyang. atok nenek borak2. masa nih mama dah keletihan. papa pon sama gak. kejap jer singgah, last umah pegi umah maklong (nek long ain) kat bukit tambun. lepak umah mak long lama sket. ain takot ngan abg timi. suka sakat ain sampai ain jerit2. minum susu kat umah neklong ain muntah sket. mandikan ain siap2 ngan baju raya. mama makan laksa umah neklong ni. dalam kul 6.30pm mama, papa, ain ngan bibik siap2 nak gerak balik kl. nak beraya kat kampung mama pulak di gopeng. bersambung perjalanan jauh dari simpang renggan ke gopeng.
to be continue.. papa nak sambung wat keje. time rest dah abis.