Sunday, January 20, 2008

DI MANA AIN??
cuba cari dimana ain bersembunyi? hehehe... elp.. elp..

ain.. oooo ain... dimana kamu sembunyi ni? oooo ain... hehe.. cian ain nak tido tapi kena hempap ngan sumer teddy bearnya.. ini sume keje papa nya yang dengki ain tido siang.. hahhaha (gelak papa jahat).. tu belum lagi campur teddy bear kat atas.. >;p

Saturday, January 19, 2008

SELAMAT HARI A`SYURA

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah.. Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
Mari Masak Memasak ~edisi boring giler~

pada satu malam yg hening, telah datang kepadaku satu suara yg manis meminta ku menolong memasak satu hidangan ala barat yg ku kira amat menyelerakan.

dalam bisikan itu ku dengari samar2 nama masakan.... jeng jeng jeng....

chicken lemonade

maka ku bertanya bagaimanakah mahu membuatnya.. keesokan harinya telah ku terima satu khabaran bahawa recipe utk membuat masakan ala barat itu telahpon di cetak. tidak sabar rasanya di hati utk pulang melihat bagaimanakah cara membuatnya...

hua hua hua hua hua (bg aku gelak dulu)...

maka setelah pulang dari medan peng"ular"an di tempat kerja, ku terus tatapi cetakan itu, terus ku memandu kakiku ke pasar berdekatan utk membeli barangannya..

bermulalah episod baru dalam hidupku... tukang masak terhebat lagi tersohor bakal di lahirkan..

hhiaiaihaihaihaihaihaiha (gelak lagi)

bermulalah langkah pertama ku menyiang ayam menjadi kepingan2 lalu ku perap dengan garam bersalut tepung jagung. setelah selesai ku goreng ia hingga menjadi kuning ke-emasan.

ops... tuu bi continue....

wassalam... hehehe

Friday, January 18, 2008

ain punya cerita

lupa nak cerita pasal anak dara aku sorg nih.. jap masa berjalan tau2 dia dah besar panjang hehe tapi still baby key. umur dia 1tahun 3bulan + dah.. suka sgt main kete control. bunyi broomm broomm.. nak tergelak aku bila dengar..

kalau dia tido.. mak ai.. lintang pukang hehe lasak kemain, kejap kat sini kejap kat situ. menonggeng sana terlentang sini.. hehehe memang kelakar habes.. eh cerita pasal anak dara tido plak. tak senonoh btol ;p

kalau makan plak.. hurm memang payah..lari sana lari sini, tak reti dok diam..pastu satu lagi.. tau nak telan jer, tak reti2 lagi nak mengunyah.. pagi makan bubur tgh hari mkn bubur petang makan nestum malam minum susu. kira tembam gak la anak aku nih.. eh bukan tembam.. gebu.. yer betull..

and dia smakin bijak.. dah pandai macam2.. byk sgt kalau nak list down kepandaian dia.. tapi aku memang geram.. dia leh tak nak sebut perkataan satu ni "PAPA" eii

aku memang suka buli budak kecik sorg tu.. kejap2 kena geletek.. pastu kena kejar2.. hehehe betul la bila main ngan anak ni rasa seronok jer.. saper2 yg belum ada anak tu cepat2 la buat anak.. hehhe

ok la.. dah byk aku taip..

nak tgk pic dia yg latest nanti la kalau aku senang aku up load kan..

chows

assalamualaikum wbt..
selamat tahun baru..

jap jer dah masuk 1429H, bertambah lagi umur.. dah tua dah kita nih yer hehe..

hurm semoga diberkati umur kita moga boley tambah2kan ibadat tu..

nak bebel kat sini pon tader mood sgt ehehe.. sebab dah lama tak hapdet ;p.. apa citer? tader pon citer yg best2.. nak tgk muvie bila bulan mengambang? ika dapat 4 tiket free.. pi mintak kat dia hehehhe..

ok la.. chow cin chow..

assalamualaikum wbt...