Saturday, August 30, 2008

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Sempena ketibaan bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan pengampunan, saya serta keluarga memohon ampun dan maaf atas segala dosa, kejahatan, kesilapan, kebodohan dan ketidakadilan sekiranya pernah saya lakukan kpd anda semua secara sengaja atau tidak. Secara terang atau tidak dan dgn fikiran yg waras mahupun dgn amarah dan bisikan iblis laknatullah. Saya juga dgn penuh rasa kasih, kasih kpd saudara seagama, mengakui memaafkan segala dosa, dan kesilapan sekiranya pernah kamu lakukan kpd saya, secara terang mahupun sebaliknya. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh rasa takut kpd Allah, takut kpd azabNya dan takut kpd Neraka jahannam. Semoga kita penuhi masa Ramadhan dgn pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Amin..

No comments: